27 July 2009

KPI SASARAN DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK




'Merevolusi Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan: Pencapaian Diutamakan’



‘‘Saya tidak mahu rakyat sebagai klien utama (kerajaan) berada dalam keadaan teraba-raba dan samar akan apakah inisiatif, rancangan dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh kerajaan.
‘‘Sesungguhnya kita komited melakukan transformasi – bukan pembaharuan penambahbaikan - melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisis akhir, rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya,”

NKRA pertama : Mengurangkan kadar jenayah


  1. Mengurangkan jenayah jalanan membabitkan curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api yang merupakan 17 peratus daripada keseluruhan indeks jenayah 2008.
  2. Pasukan sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya termasuk penyeragaman uniform bagi membolehkan mereka bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan.
  3. Balai-balai berkaitan akan dinaik taraf dan peralatan akan ditambah selain menambah peralatan CCTV (kamera litar tertutup) untuk langkah-langkah pengawalan dan pencegahan.
  4. Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri bagi mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh termasuk mewujudkan tribunal khas bagi jenayah jalanan.
NKRA kedua: Memerangi rasuah

  1. Semua perolehan kerajaan harus menggunakan tender terbuka atau tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu.

NKRA ketiga: Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

  1. Pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. Kerajaan menyasarkan menjelang 2012, akses kepada pendidikan prasekolah akan mencapai 80 peratus berbanding 60 peratus pada masa ini.
  2. Bagi menangani masalah penguasaan kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan persekolahan, kerajaan menyasarkan semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun Empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012.
  3. Menawarkan Bai'ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
  4. Sebagai projek perintis, sebanyak 100 sekolah terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, berpiagam dan berasrama penuh akan dikenal pasti dan diangkat sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum hujung 2012.

NKRA keempat: Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah

  1. Bermula Januari 2010, semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada setiap 1 haribulan bagi bulan yang berkenaan.- Menambah jumlah usahawan wanita kepada 4,000 orang menjelang 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.


NKRA kelima: Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman

  1. Menjelang penghujung 2010, sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak dan ia akan ditambah kepada 1,500 km atau dua kali ganda daripada perancangan awal yang akan membabitkan kos RM4 bilion dan dijangka siap sebelum penghujung 2012.
  2. Di Semenanjung bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkat bagi memastikan rakyat dapat tinggal sekurang-kurangnya hanya lima kilometer jauh dari jalan berturap yang akan melibatkan kos RM1 bilion.
  3. Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90 peratus di Sabah dan Sarawak pada penghujung 2012 yang membabitkan 60,000 rumah dengan kos RM2 bilion.
  4. Meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak kepada 95 peratus membabitkan kos RM3.9 bilion dan memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli pada penghujung 2012.
  5. Membina dan membaik pulih 50,000 rumah bagi keperluan golongan miskin dan miskin tegar sehingga penghujung 2012 di seluruh negara.

NKRA keenam: Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana

  1. Tambahan 35 set "4-car-train" menjelang penghujung 2012 yang akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya.
  2. Pada masa ini hanya 16 peratus daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Kerajaan menyasarkan peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 2 peratus pada penghujung 2012,”

Enam Menteri dilantik menerajui NKRA.

  1. NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran).
  2. NKRA mengurangkan kadar jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
  3. NKRA memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
  4. NKRA meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
  5. NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah).
  6. NKRA menambah baik pengangkutan awam - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

Kaedah Penilaian KPI

  1. Penilaian pencapaian KPI yang ditentukan dilakukan setiap setiap minggu
  2. Dalam setiap enam minggu, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat menyelesaikan satu pusingan pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti direncanakan.
  3. Menteri-menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA, mereka dan kementerian masing-masing tidak terkecuali daripada KPI. Setiap Menteri selain enam Menteri tetap dipertanggungjawabkan mencapai KPI kementerian masing-masing dan PM sendiri akan memantau prestasi kementerian-kementerian itu pada setiap enam bulan.
  4. 20 nama kakitangan kerajaan dan 20 kakitangan GLC telah dikenal pasti untuk ditempatkan dalam program NKRA yang dijadualkan bermula 1 September ini.
  5. tiga bengkel khusus yang telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri bagi merangka, memperinci dan mencari penyelesaian isu-isu berbangkit membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menjayakan NKRA tersebut.

Read more...

11 July 2009

ENAM BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA) ADALAH KOMPONAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) NASIONAL

Majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" menyaksikan sambutan rakyat pelbagai lapisan masyarakat terhadap pendekatan kepimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Antara kelainan majlis hari ini ialah tetamu yang hadir duduk bebas tanpa mengira protokol termasuk anggota Kabinet duduk bersama rakyat jelata. -- foto BERNAMA

Cegah jenayah, perangi rasuah antara 6 KPI Nasional.

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Nasional yang diumumkan merangkumi enam bidang keberhasilan utama (KRA) termasuk usaha mencegah jenayah dan memerangi rasuah.

Bidang-bidang lain termasuklah usaha meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Dua bidang lain ialah memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, dan menambah baik pengangkutan awam sebagai jangka masa sederhana.

KPI adalah antara pendekatan pembaharuan pentadbiran diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Najib apabila mengumumkan pembentukan barisan Kabinetnya.

Hujung minggu lalu Kabinet telah mengadakan sesi retreat selama dua hari bagi menghalusi KPI peringkat menteri.

KPI diwujudkan untuk memudahkan bagi rakyat mengukur pencapaian anggota pentadbiran kerajaan.

KPI diwujudkan bagi anggota pentadbiran dan anggota perkhidmatan awam untuk memastikan terdapat garis panduan jelas kepada kedua-dua penggubal dan pelaksana dasar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

KPI diwujudkan bagi menyediakan landasan yang jelas kepada rakyat untuk menilai prestasi anggota pentadbiran (penggubal dasar) dan anggota perkhidmatan awam (pelaksana dasar).

KPI diwujudkan adalah bertujuan untuk mengukuhkan prinsip kebertanggungjawaban.

Sambil menyifatkan 100 hari ini sebagai berlalu terlalu pantas, Perdana Menteri turut melaporkan beberapa kemajuan perkara yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan sejak hari pertama yang merangkumi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi, hak asasi manusia dan kebebasan media serta peningkatan kecekapan penjawat awam dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.

Beliau turut memberitahu mengenai lawatan "turun padang" dan "tinjauan mesra rakyat" bermula hari kedua menjadi Perdana Menteri, dengan lawatan ke Petaling Street, kemudiannya Vista Angkasa, kawasan Kerinchi, Brickfields dan Puduraya serta Sabah dan Sarawak.

"Saya turun padang melihat rintihan rakyat... juga merasai gundah gulana mereka dan meresapi denyutan nadi rakyat yang dipimpin. Sebab itu saya pilih walkabout.Dalam kamus Dewan Bahasa tiada terjemahan untuk ini. Jadi saya namakan tinjauan mesra," katanya.

Katanya dalam lawatan ke Petaling Street, ada permohonan agar bumbung utama diganti dan juga ditambah bumbung kepada gerai individu, dan beliau berkata Menteri Wilayah Persekutuan akan mengumumkan perincian mengenainya Isnin ini.

Najib berkata hasil tinjauan mesra ke pangsapuri Vista Angkasa, kini 65 peratus kerja pembersihan dinding dan cat asas selesai, 95 peratus kerja mengecat bangunan parkir selesai dan 100 peratus kerja penyambungan kabel telefon di blok 2, 5 dan 8 selesai, manakala kerja membaiki lif akan dimulakan dalam waktu terdekat.

Katanya dalam lawatan ke Brickfields, beliau bersetuju kawasan berkenaan dibangunkan sebagai "Little India" yang lebih terancang, yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.

Peruntukan RM44 juta untuk Puduraya membawa hasil, di mana hari ini sudah jauh bertambah elok berbanding sebelumnya dengan pelbagai tempat dicat baru dan dipulihkan agar Puduraya menjadi lebih selesa untuk rakyat, kata Perdana Menteri.

Beliau berkata tinjauan ke kawasan pedalaman dan kawasan lain di Sabah serta Sarawak juga membolehkannya menyelami sendiri aspirasi rakyat, malahan turut meninjau UiTM dan kemudahan asrama termasuk tandas yang digunakan pelajar bagi melihat sendiri keadaan sebenar.

Di majlis itu, Najib mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada segala lapisan rakyat, barisan Kabinet, petugas sektor awam, swasta dan GLC, kerana "sentiasa berdiri teguh di sisi saya di sepanjang masa."

Di akhir majlis, beberapa kanak-kanak menyampaikan sejenis pokok yang mempunyai akar yang kuat untuk Perdana Menteri masukkan ke dalam pasu.

"Sesungguhnya langkah-langkah yang saya umumkan dalam tempoh 100 hari ini hanyalah langkah-langkah pemula perjalanan kita ke arah masa depan yang lebih baik, makmur dan terjamin.

"Perjalanan kita ini ibarat sebuah sungai. Sama ada yang memimpin atau dipimpin semuanya mengalir ke arah yang sama," katanya dan mengakhiri ucapannya dengan sebuah nukilan dari lubuk hatinya bertajuk "Harapan".

"HARI ini, saya dedikasikan khusus tentang kesejahteraan dan kebajikan tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian".

"Saya akan terus berusaha sedaya mungkin dan menyingsing kudrat untuk mencari penyelesaian-penyelesaian seraya membuat keputusan-keputusan demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan.

Dalam sebarang keputusan, kepentingan rakyat didahulukan dan saya tidak membuat sesuatu secara berwenang-wenang jauh sekali secara semberono"

"Langkah-langkah yang saya umumkan dalam tempoh 100 hari ini hanyalah langkah-langkah pemula perjalanan kita ke arah masa depan yang lebih baik, makmur dan terjamin"

"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan"

Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:
1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.
3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.
4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.
6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.
7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.
8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.
9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.
10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.
11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Read more...

04 June 2009

ISU AKAUNTABILITI MEMBAWAH KEPADA PELETAKAN JAWATAN MENTERI DI AUSTRALIA. APA PENGAJARAN YANG BOLEH DIJADIKAN IKHTIBAR KEPADA SENARIO DI MALAYSIA ?


SYDNEY 4 Jun - Menteri Pertahanan Australia, Joel Fitzgibbon meletakkan jawatan hari ini kerana 'beberapa kesilapan berkaitan dengan akauntabiliti'.

  1. Fitzgibbon mengambil tindakan itu berikutan pendedahan beliau memanggil seorang jeneral tentera yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan kesihatan pertahanan untuk menghadiri satu mesyuarat dengan saudara lelaki beliau yang mengetuai sebuah syarikat insurans.
  2. Menurut Rudd - Perdana Menteri Australia, Fizgibbon telah menanggung akibat yang besar kerana kesilapannya itu, yang menyusuli beberapa kesilapan lain yang telah menyebabkan kedudukannya dipersoalkan.
  3. Fitzgibbon menghadapi tekanan untuk berundur berhubung dua lawatannya ke China yang dibiayai oleh seorang ahli perniagaan Australia berketurunan Cina. Minggu ini, beliau juga mengaku gagal mendedahkan bahawa syarikat saudara lelakinya telah membiayai penginapan beliau selama semalam di sebuah hotel.
  4. "Sudah tentulah kita berasa sedih tetapi adalah penting kita menjaga tahap akauntabiliti yang tinggi di kalangan menteri. "Kerana itulah saya percaya menteri berkenaan telah bertindak secara bertanggungjawab," kata Rudd yang memberitahu wartawan, beliau akan mengumumkan pengganti tidak lama lagi.
  5. Peletakan jawatan itu merupakan krisis politik pertama yang dihadapi oleh Rudd sejak menubuhkan kerajaan pada akhir 2007. Ia juga memberi tamparan kepada beliau kerana Fitzgibbon merupakan sekutu utama dan menteri kanan dari negeri New South Wales, negeri paling banyak penduduk.

Apakah ikhtibar dan pengajaran yang kita boleh perolehi daripada episod apa yang berlaku kepada orang politik dan kepimpinan kerajaan Austarlia iaitu sebuah negara maju yang mungkin bermida kelas satu. Apa knotasi yang kita boleh selusuri dari episod-episod yang berlaku di negara kita khasnya dan di Sabah amnya.

Read more...

23 May 2009

HIKMAH MENCONTOHI DEKLARASI ASET DAN KESIHATAN PILIHAN RAYA PRESIDEN INDONESIA







ANTARA ulasan Datuk Seri Salleh Tun Said dalam blognya adalah seperti berikut:-

  1. Secara peribadi, saya melihat deklarasi aset dan pemeriksaan kesihatan ini sesuatu yang menarik dan sesuai dicontohi. Ini penting untuk menentukan ketelusan, keikhlasan dan kejujuran seseorang untuk menjadi pemimpin bagi membela nasib rakyat terbanyak.
  2. Perisytiharan harta kepada umum misalnya akan membolehkan masyarakat menilai kemampuan seseorang yang mahu menjadi pemimpin, mengetahui latarbelakang dan statusnya sebelum diangkat sebagai pemimpin dan kemudian dapat pula dinilai kedudukannya selepas memegang sesuatu jawatan.
  3. Tidak salah mempunyai aset yang banyak asalkan dapat dijelaskan sumbernya. Yang sering menimbulkan persoalan, tandatanya dan keraguan di negara ini adalah mereka-mereka yang tiba-tiba saja menjadi kaya setelah bergelar `orang besar'.
  4. Di negara kita, perisytiharan harta sememangnya dikenakan bagi setiap pemimpin, tetapi ia terhad dikemukakan kepada pemimpin atasan saja, bukan untuk pendedahan umum. Mungkinkah sudah tiba masanya bagi kita mengikut jejak langkah sedemikian?
  5. Bagi pemeriksaan kesihatan pula, sudah tentu ia langkah terbaik dan pastinya dialu-alukan oleh masyarakat umumnya. Pemeriksaan kesihatan bertujuan menentukan seseorang itu berkemampuan memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang diwakili. Adalah sesuatu yang merugikan jika seseorang pemimpin yang dipilih terpaksa "direhatkan gara-gara masalah kesihatan.
  6. Saringan kesihatan mungkin boleh dijadikan sebagai prasyarat dalam memilih seseorang menduduki apa jua jawatan politik. Bagi penjawat awam dan juga sektor swasta, pemeriksaan kesihatan adalah sesuatu yang wajib dibuat sebelum ditawarkan sebarang pekerjaan.

Read more...

18 May 2009

BILAKAH MAT SALLEH AKAN BERGELAR TUN?









http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1396:bilakah-mat-salleh-akan-bergelar-tun&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

http://muslioli.blogspot.com/2009/05/bila-masa-parti-umno-membela-nasib.html

Read more...

16 May 2009

IKTIBAR DARIPADA CERITA PRESIDEN OBAMA



SEBUAH universiti di Amerika memutuskan tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Presiden Barack Obama kerana dia belum cukup berjasa dan terbukti prestasinya.

Di Malaysia, universiti berlumba-lumba memberi ijazah kehormat kepada menteri, bekas menteri dan isteri menteri.

Tidak mengapa kalau isteri menteri atau isteri bekas menteri itu tidak jelas atau belum terbukti jasa, kepakaran dan kecemerlangannya. Yang penting dia isteri menteri.

Maaf cakaplah. Macam sesetengah gelaran diraja, gelaran kehormat universiti pun, kata orang putih, sudah jadi “a dime a dozen” atau dalam loghat Kedah, sedozen sekupang.

Di sesetengah negeri, gelaran diraja (termasuk oleh Gabenor) sudah jadi macam lawak. Budak 20-an tahun pun boleh dapat asalkan bapanya jutawan yang pemurah dengan “derma” dan “sedekah”.

Sejak empat lima tahun kebelakangan ini, ada pengarang media massa yang dapat lima atau enam gelaran Datuk daripada negeri dan wilayah. Tak cukup dengan gelaran Datuk, diberikan pula gelaran Datuk Seri.

Khabarnya, di sebuah organisasi media arus perdana, pengurusan baru telah mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan yang ditawarkan anugerah diraja melaporkan terlebih dahulu kepada pengurusan.

Saya terbaca sebuah berita dari bandar Tempe di Negeri Arizona, Amerika Syarikat di mana Arizona State University tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Obama kerana pencapaiannya setakat ini belum melayakkannya menerima anugerah itu.

Dengan berseloroh, Obama berkata bukan pihak universiti itu sahaja yang berpendapat beliau perlu menunjukkan lebih banyak kejayaan malah isterinya sendiri, Michelle, juga berpendapat demikian.

Obama berkata begitu ketika menjadi tetamu kehormat di majlis konvokesyen universiti berkenan. Adalah tradisi universiti di Amerika menganugerahkan ijazah kehormat kepada tetamu khas majlis konvokesyen.

Sebaliknya pihak universiti itu menamakan salah satu skim biasiswanya mengikut nama Obama.

Dengan berseloroh, Obama berkata: “Saya datang ke sini bukanlah untuk mempertikai cakap-cakap bahawa pencapaian saya belum memadai. Buat permulaan, Michelle setuju dengan penilaian ini. Dia mempunyai senarai panjang mengenai apa yang belum saya laksanakan, yang menanti saya di rumah.”

Kalau di Malaysia, sang isteri akan mengatakan suaminya layak dianugerahkan itu dan ini walaupun sang suami baru sehari menjadi menteri atau menjawat jawatan tinggi.

Kita suka orang luar kata kita sederhana atau “modest”. Tetapi ramai orang kita sebenarnya amat suka menunjuk-nunjuk dan gila pangkat.

Mereka tidak begitu peduli pandangan masyarakat terhadap mereka. Akibatnya mereka sangat serius mencari anugerah, pangkat dan gelaran, tetapi mereka tidak berkelakuan seperti orang ternama.

Maka berlakulah situasi di mana budak “kanyir” dan jutawan segera yang entah apa sumbangannya kepada masyarakat dan negara diberikan pelbagai gelaran dan anugerah, termasuk gelaran diraja.

Tidak hairan jugalah kalau begitu ramai penyandang anugerah diraja yang terbabit atau dikaitkan dengan akhlak buruk, skandal dan jenayah.

Ada negeri dan wilayah tertentu di bumi Malaysia ini yang menjadikan penawaran anugerah sebagai cara mencari pengaruh politik dan sumbangan kewangan.

Harap-harap institusi pengajian tinggi kita mengambil iktibar daripada tindakan Arizona State University dengan tidak sewenang-wenang memberi ijazah kehormat kepada sebarang Ali, Ah Kau dan Muthu.

Maklumat selanjut rujuk di http://kadirjasin.blogspot.com/2009/05/iktibar-daripada-cerita-presiden-obama.html

Read more...

14 May 2009

MODEL EKONOMI BARU MUDAHKAN TUNTUTAN PEKERJA



Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin bersalaman dengan kakitangan awam pada majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya tuntutan-tuntutan penjawat awam pada masa depan termasuk kenaikan gaji akan lebih dipenuhi sekiranya pendapatan negara bertambah hasil pelaksanaan model ekonomi baru berteraskan inovatif dan kreativiti.

Berucap pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di sini hari ini, Perdana Menteri merujuk kepada kejayaan Sime Darby menterjemahkan kod genetik pokok kelapa sawit sekali gus akan menghasilkan baka baru sawit yang mengeluarkan hasil lumayan.

''Pokok-pokok kecil ini menghasilkan buah yang besar, kawasan tanaman lebih luas serta peningkatan pendapatan pekebun kecil.

''Bila pendapatan negara bertambah, saya pejam mata pun boleh terima tuntutan (pekerja). (Jadi) tak payah 'lambung' saya kata 'PM yang segak' dan ceria," katanya.

Hadir sama pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 pekerja awam itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden CUEPACS, Omar Osman.

Analogi itu dibangkitkan oleh Najib kerana bagi Perdana Menteri penjawat awam mesti berfikir secara keseluruhan merasai denyutan nadi rakyat dalam membantu kerajaan memajukan negara.

''Itulah sebabnya saya melakukan walkabout yang saya maksudkan sebagai tinjauan mesra.

''Di Pudu Raya misalnya, saya dapat tengok dan hidu udaranya. Baunya memang berbezalah dengan pejabat Perdana Menteri dan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar, macam langit dan bumi," katanya.

Dalam aspek ini, beliau menekankan betapa pentingnya barisan hadapan atau contact point yang akan menjadi persepsi pertama pelancong terhadap Malaysia.

''Contohnya kakitangan imigresen, kalau tidak boleh bercakap bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya ucaplah Welcome to Malaysia.

''Jabatan Imigresen memang dapat pujian, kita tidak boleh bayangkan pasport antarabangsa boleh siap dalam tempoh sejam tapi bila guna tandas wanita Imigresen, keadaan di dalamnya paling teruk...pasport siap sejam tapi bilik air dahsyat," katanya.

Kerana itu, beliau mahu pentadbiran kerajaan di Putrajaya menjadi 'show case' dalam menampilkan imej terbaik dari segi prestasi kerja sehinggalah kebersihan tandas.

Perdana Menteri juga mahu keberhasilan sesuatu kerja menjadi keutamaan berbanding pengisian semata-mata.

''Kadangkala peruntukan kos sesuatu projek misalnya bangunan lebih banyak daripada modal intelektualnyua. Dalam hal ini pemikiran kita mesti betul tapi ini tidak, peruntukan dibelanjakan untuk bina bangunan-bangunan yang hebat tetapi bila sekolah siap, kelengkapannya tidak ada.

''Rupa-rupanya dia dah 'rampas' (belanjakan) peruntukan untuk kelengkapan (peralatan) itu dengan kos diri bangunan," katanya.

Kata Najib: ''Sebab itu kita nak belanjakan wang dengan berbaloi. Bukan sekadar berbelanja tapi apa yang kita dapat daripada nilainya."

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP