23 May 2009

HIKMAH MENCONTOHI DEKLARASI ASET DAN KESIHATAN PILIHAN RAYA PRESIDEN INDONESIA







ANTARA ulasan Datuk Seri Salleh Tun Said dalam blognya adalah seperti berikut:-

  1. Secara peribadi, saya melihat deklarasi aset dan pemeriksaan kesihatan ini sesuatu yang menarik dan sesuai dicontohi. Ini penting untuk menentukan ketelusan, keikhlasan dan kejujuran seseorang untuk menjadi pemimpin bagi membela nasib rakyat terbanyak.
  2. Perisytiharan harta kepada umum misalnya akan membolehkan masyarakat menilai kemampuan seseorang yang mahu menjadi pemimpin, mengetahui latarbelakang dan statusnya sebelum diangkat sebagai pemimpin dan kemudian dapat pula dinilai kedudukannya selepas memegang sesuatu jawatan.
  3. Tidak salah mempunyai aset yang banyak asalkan dapat dijelaskan sumbernya. Yang sering menimbulkan persoalan, tandatanya dan keraguan di negara ini adalah mereka-mereka yang tiba-tiba saja menjadi kaya setelah bergelar `orang besar'.
  4. Di negara kita, perisytiharan harta sememangnya dikenakan bagi setiap pemimpin, tetapi ia terhad dikemukakan kepada pemimpin atasan saja, bukan untuk pendedahan umum. Mungkinkah sudah tiba masanya bagi kita mengikut jejak langkah sedemikian?
  5. Bagi pemeriksaan kesihatan pula, sudah tentu ia langkah terbaik dan pastinya dialu-alukan oleh masyarakat umumnya. Pemeriksaan kesihatan bertujuan menentukan seseorang itu berkemampuan memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang diwakili. Adalah sesuatu yang merugikan jika seseorang pemimpin yang dipilih terpaksa "direhatkan gara-gara masalah kesihatan.
  6. Saringan kesihatan mungkin boleh dijadikan sebagai prasyarat dalam memilih seseorang menduduki apa jua jawatan politik. Bagi penjawat awam dan juga sektor swasta, pemeriksaan kesihatan adalah sesuatu yang wajib dibuat sebelum ditawarkan sebarang pekerjaan.

Read more...

18 May 2009

BILAKAH MAT SALLEH AKAN BERGELAR TUN?









http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1396:bilakah-mat-salleh-akan-bergelar-tun&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

http://muslioli.blogspot.com/2009/05/bila-masa-parti-umno-membela-nasib.html

Read more...

16 May 2009

IKTIBAR DARIPADA CERITA PRESIDEN OBAMA



SEBUAH universiti di Amerika memutuskan tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Presiden Barack Obama kerana dia belum cukup berjasa dan terbukti prestasinya.

Di Malaysia, universiti berlumba-lumba memberi ijazah kehormat kepada menteri, bekas menteri dan isteri menteri.

Tidak mengapa kalau isteri menteri atau isteri bekas menteri itu tidak jelas atau belum terbukti jasa, kepakaran dan kecemerlangannya. Yang penting dia isteri menteri.

Maaf cakaplah. Macam sesetengah gelaran diraja, gelaran kehormat universiti pun, kata orang putih, sudah jadi “a dime a dozen” atau dalam loghat Kedah, sedozen sekupang.

Di sesetengah negeri, gelaran diraja (termasuk oleh Gabenor) sudah jadi macam lawak. Budak 20-an tahun pun boleh dapat asalkan bapanya jutawan yang pemurah dengan “derma” dan “sedekah”.

Sejak empat lima tahun kebelakangan ini, ada pengarang media massa yang dapat lima atau enam gelaran Datuk daripada negeri dan wilayah. Tak cukup dengan gelaran Datuk, diberikan pula gelaran Datuk Seri.

Khabarnya, di sebuah organisasi media arus perdana, pengurusan baru telah mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan yang ditawarkan anugerah diraja melaporkan terlebih dahulu kepada pengurusan.

Saya terbaca sebuah berita dari bandar Tempe di Negeri Arizona, Amerika Syarikat di mana Arizona State University tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Obama kerana pencapaiannya setakat ini belum melayakkannya menerima anugerah itu.

Dengan berseloroh, Obama berkata bukan pihak universiti itu sahaja yang berpendapat beliau perlu menunjukkan lebih banyak kejayaan malah isterinya sendiri, Michelle, juga berpendapat demikian.

Obama berkata begitu ketika menjadi tetamu kehormat di majlis konvokesyen universiti berkenan. Adalah tradisi universiti di Amerika menganugerahkan ijazah kehormat kepada tetamu khas majlis konvokesyen.

Sebaliknya pihak universiti itu menamakan salah satu skim biasiswanya mengikut nama Obama.

Dengan berseloroh, Obama berkata: “Saya datang ke sini bukanlah untuk mempertikai cakap-cakap bahawa pencapaian saya belum memadai. Buat permulaan, Michelle setuju dengan penilaian ini. Dia mempunyai senarai panjang mengenai apa yang belum saya laksanakan, yang menanti saya di rumah.”

Kalau di Malaysia, sang isteri akan mengatakan suaminya layak dianugerahkan itu dan ini walaupun sang suami baru sehari menjadi menteri atau menjawat jawatan tinggi.

Kita suka orang luar kata kita sederhana atau “modest”. Tetapi ramai orang kita sebenarnya amat suka menunjuk-nunjuk dan gila pangkat.

Mereka tidak begitu peduli pandangan masyarakat terhadap mereka. Akibatnya mereka sangat serius mencari anugerah, pangkat dan gelaran, tetapi mereka tidak berkelakuan seperti orang ternama.

Maka berlakulah situasi di mana budak “kanyir” dan jutawan segera yang entah apa sumbangannya kepada masyarakat dan negara diberikan pelbagai gelaran dan anugerah, termasuk gelaran diraja.

Tidak hairan jugalah kalau begitu ramai penyandang anugerah diraja yang terbabit atau dikaitkan dengan akhlak buruk, skandal dan jenayah.

Ada negeri dan wilayah tertentu di bumi Malaysia ini yang menjadikan penawaran anugerah sebagai cara mencari pengaruh politik dan sumbangan kewangan.

Harap-harap institusi pengajian tinggi kita mengambil iktibar daripada tindakan Arizona State University dengan tidak sewenang-wenang memberi ijazah kehormat kepada sebarang Ali, Ah Kau dan Muthu.

Maklumat selanjut rujuk di http://kadirjasin.blogspot.com/2009/05/iktibar-daripada-cerita-presiden-obama.html

Read more...

14 May 2009

MODEL EKONOMI BARU MUDAHKAN TUNTUTAN PEKERJA



Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin bersalaman dengan kakitangan awam pada majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya tuntutan-tuntutan penjawat awam pada masa depan termasuk kenaikan gaji akan lebih dipenuhi sekiranya pendapatan negara bertambah hasil pelaksanaan model ekonomi baru berteraskan inovatif dan kreativiti.

Berucap pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di sini hari ini, Perdana Menteri merujuk kepada kejayaan Sime Darby menterjemahkan kod genetik pokok kelapa sawit sekali gus akan menghasilkan baka baru sawit yang mengeluarkan hasil lumayan.

''Pokok-pokok kecil ini menghasilkan buah yang besar, kawasan tanaman lebih luas serta peningkatan pendapatan pekebun kecil.

''Bila pendapatan negara bertambah, saya pejam mata pun boleh terima tuntutan (pekerja). (Jadi) tak payah 'lambung' saya kata 'PM yang segak' dan ceria," katanya.

Hadir sama pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 pekerja awam itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden CUEPACS, Omar Osman.

Analogi itu dibangkitkan oleh Najib kerana bagi Perdana Menteri penjawat awam mesti berfikir secara keseluruhan merasai denyutan nadi rakyat dalam membantu kerajaan memajukan negara.

''Itulah sebabnya saya melakukan walkabout yang saya maksudkan sebagai tinjauan mesra.

''Di Pudu Raya misalnya, saya dapat tengok dan hidu udaranya. Baunya memang berbezalah dengan pejabat Perdana Menteri dan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar, macam langit dan bumi," katanya.

Dalam aspek ini, beliau menekankan betapa pentingnya barisan hadapan atau contact point yang akan menjadi persepsi pertama pelancong terhadap Malaysia.

''Contohnya kakitangan imigresen, kalau tidak boleh bercakap bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya ucaplah Welcome to Malaysia.

''Jabatan Imigresen memang dapat pujian, kita tidak boleh bayangkan pasport antarabangsa boleh siap dalam tempoh sejam tapi bila guna tandas wanita Imigresen, keadaan di dalamnya paling teruk...pasport siap sejam tapi bilik air dahsyat," katanya.

Kerana itu, beliau mahu pentadbiran kerajaan di Putrajaya menjadi 'show case' dalam menampilkan imej terbaik dari segi prestasi kerja sehinggalah kebersihan tandas.

Perdana Menteri juga mahu keberhasilan sesuatu kerja menjadi keutamaan berbanding pengisian semata-mata.

''Kadangkala peruntukan kos sesuatu projek misalnya bangunan lebih banyak daripada modal intelektualnyua. Dalam hal ini pemikiran kita mesti betul tapi ini tidak, peruntukan dibelanjakan untuk bina bangunan-bangunan yang hebat tetapi bila sekolah siap, kelengkapannya tidak ada.

''Rupa-rupanya dia dah 'rampas' (belanjakan) peruntukan untuk kelengkapan (peralatan) itu dengan kos diri bangunan," katanya.

Kata Najib: ''Sebab itu kita nak belanjakan wang dengan berbaloi. Bukan sekadar berbelanja tapi apa yang kita dapat daripada nilainya."

Read more...

05 May 2009

MAKLUMBALAS PENGGUNA MELALUI MEDIA ADALAH DITERIMA SEBAGAI ADUAN PENGGUNA MENGENAI ISU SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KERAJAAN

1. Sebarang isu yang melibatkan perkhidmatan kepenggunaan yang disediakan oleh pihak sektor awam atau swasta / badan berkanun yang dibangkitkan oleh ahli masyarakat melalui sebarang media adalah diterima oleh pihak kerajaan Malaysia sebagai maklumbalas rakyat atau aduan pengguna dimana pihak agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menangani isu-isu seperti ini adalah mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan semada menerima sesuatu isu yang dibangkitkan dalam sebarang media sebagai aduan pengguna adalah tertakluk kepada keyakinan pihak agensi kerajaan berkaitan semada wujudnya justifikasi yang kukuh dan relevan dimana pihak agensi kerajaan berkenaan bertindak secara proaktif bagi menangani isu-isu yang boleh dimasukkan dalam klasifikasikan aduan pengguna untuk diselesaikan secara cekap dan berkesan sebagai salah satu langkah atau strategi untuk membaiki imej dan persepsi sektor perkhidmatan awam di kalangan pengguna atau rakyat.

Ruj : http://msgpengguna.blogspot.com/2009/05/maklum-balas-pengguna-melalui-media.html )

2. Maklumat berkaitan adalah seperti :-

2.1. http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1322:sijil-palsu-majlis-anak-negeri-penipu&catid=68:anak-negeri&Itemid=74

2.2.http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1187:surah-akhir-satanic-verses&catid=68:anak-negeri&Itemid=74

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP