23 May 2009

HIKMAH MENCONTOHI DEKLARASI ASET DAN KESIHATAN PILIHAN RAYA PRESIDEN INDONESIA







ANTARA ulasan Datuk Seri Salleh Tun Said dalam blognya adalah seperti berikut:-

  1. Secara peribadi, saya melihat deklarasi aset dan pemeriksaan kesihatan ini sesuatu yang menarik dan sesuai dicontohi. Ini penting untuk menentukan ketelusan, keikhlasan dan kejujuran seseorang untuk menjadi pemimpin bagi membela nasib rakyat terbanyak.
  2. Perisytiharan harta kepada umum misalnya akan membolehkan masyarakat menilai kemampuan seseorang yang mahu menjadi pemimpin, mengetahui latarbelakang dan statusnya sebelum diangkat sebagai pemimpin dan kemudian dapat pula dinilai kedudukannya selepas memegang sesuatu jawatan.
  3. Tidak salah mempunyai aset yang banyak asalkan dapat dijelaskan sumbernya. Yang sering menimbulkan persoalan, tandatanya dan keraguan di negara ini adalah mereka-mereka yang tiba-tiba saja menjadi kaya setelah bergelar `orang besar'.
  4. Di negara kita, perisytiharan harta sememangnya dikenakan bagi setiap pemimpin, tetapi ia terhad dikemukakan kepada pemimpin atasan saja, bukan untuk pendedahan umum. Mungkinkah sudah tiba masanya bagi kita mengikut jejak langkah sedemikian?
  5. Bagi pemeriksaan kesihatan pula, sudah tentu ia langkah terbaik dan pastinya dialu-alukan oleh masyarakat umumnya. Pemeriksaan kesihatan bertujuan menentukan seseorang itu berkemampuan memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang diwakili. Adalah sesuatu yang merugikan jika seseorang pemimpin yang dipilih terpaksa "direhatkan gara-gara masalah kesihatan.
  6. Saringan kesihatan mungkin boleh dijadikan sebagai prasyarat dalam memilih seseorang menduduki apa jua jawatan politik. Bagi penjawat awam dan juga sektor swasta, pemeriksaan kesihatan adalah sesuatu yang wajib dibuat sebelum ditawarkan sebarang pekerjaan.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP